Friday, May 27, 2011

sumpah aku rindu!


rindu!!serius aku rindu yang dahulu!rindu dia yang dahulu..rindu saat dia kata cinta, dia kata sayang..sekarang perasaan yang dahulu sudah tiada..mungkin ini la takdir..tapi aku nak dia tahu aku cintakan dia seperti dahulu..seperti mana masa mula-mula kite bertemu ,mula-mula kita bertegur sapa...sumpah aku rindu masa itu..jika boleh masa diundur akan aku undur masa ini..


sekarang kita jarang jumpa,jarang ketawa riang,jarang bergurau senda...akan aku bagi ruang untuk dia..ruang untuk dia mngejar impiannya..ruang untuk dia bergembira di sana..biar aku disini merindui dia di sana...

p/s:dia rindu aku kah??

Wednesday, May 25, 2011

time to enjoy!!


assalamualaikum
selamat hari khamis~

Hari ni class ada seperti biasa..siap-siap pergi kelas then lec pula xsihat.so class dismiss awal...wah syokla kan...gembira sakan semua...seminggu la class takde..ermm...bosan teramat...apa nak buat??study?berjimba?karaoke?bowling?movie?

24052011~bosan teramat so g la tengok nurkasih the movie..movie ni memang terbaik!!
rugi kalau x tengok..banyak input dalam filem ni..tq kepada ikhwan yohyi bawa kami pergi tgok NKTM!!~



me & aziah



ikwan yohyi



bowling time~
25052011

bangun-bangun tidur dapat text dari amirah liyana a.k.a meq "yank,u nak g men bowling?jom la..jom la.." lepas baca mesej tu terlelap jap...then msg bunyi lagi..kesian pula my lalink ni pl..so kejut aziah tidur then siap-siap pergi main bowling..meq amek kami di rumah then terus pecut g sg petani..sampai sg petani ambil ikhwan yohyi lak kat umah die..kami semua xtau jalan nk g men bowling so ikwan la jadi driver kami...hehehe..tq ikhwan!!muka masing-masing excited nak main bowling especially azi..ni first time azi g men bowling..hehehe....

meqah
azi-fisrt time main ni

aziah n me


fokus2...sat g game nak start~


sempat lagi posing :)
amira liyana


game selesai..so meh tengok siapa yang juara ~~
aziah -70
ikhwan-142
me-115
meqah-96
si ikhwan la yang juara~

~the end ~
:)



Monday, May 23, 2011

Bertemu Cinta

filem ni wajib tonton

NUR KASIH THE MOVIE
dengar cerita filem ni best..sedih...so bawala tisu banyak bile tengok filem ni ok..
jom sokong filem melayu..


filem ni juga turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama untuk penggambaran..



mengisarkan kehidupan 3 jiwa yang senantiasa diuji ~ AIDIL, ADAM, NUR AMINA


lagu tema ~ menyentuh hati~

Saturday, May 21, 2011

konvo sudah!!


Hai2...dah lame x mengupdate blog ni kan...ok meyh nak cerita pasal konvokesyen ahad yang lepas..bertempat di uitm SHAH ALAM berlansungla istiadat konvokesyen UiTM ke-74..selama 3 tahun bertungkus-lumus akhirnya berjaya menghabiskan diploma.

congratulation kepada semua graduan~


me n Ain

my family..tq bg bunga~:)












congrate my friends~






Dewan Agung Tuanku Canselor



akhirnya dapat merasa pkai baju n topi konvo ni...

CONRATULATION !!!

PEMEGANG DIPLOMA!!


Thursday, April 28, 2011

Karena Ku Cinta Kau


awk...

mengertila dihati ini hanya ada awk..

lagu ini utk awk...


;)




mengerti apa itu cinta...

hatiku mula merasa...

perasaan yang pasti

milik setiap insan

aku mula jatuh cinta

menikmati semua anugerah hidupku~~

kisah hati~

lagu ni sangat menyentuh hati...
video clip pon terbaikla...
layan~~

hatiku hatimu menjadi satu cinta..
kurasa hadirmu menyempurnakan aku
tapi cinta bukan milik kita
semua harus berakhir...
cinta kau dan aku
takkan mungkin bersatu
untuk saat ini
didunia ini
mungkin kita bersama nanti di atasa sana
biar ku setia menjaga cintamu
selamanya....

video

sepi~

malam2 macamni tetibe touching lak...jom melayan perasaan....

sepi~

satu ungkapan yang sangat sinonim dengan kehidupan seorang makhluk yang bernama manusia..
yep sekarang ak sangat sepi...sunyi...si dia busy memanjang...nasib baik exam menyelamatkan diri dari terasa tersangat sunyi...family pula jauh..aiishhh...bosan~~

kadang-kadang rasa diri nak menyendiri tapi bile dh sendiri sepi pula wujud...
dimana kegembiraan yang selama ni tak muncul-muncul...mencari kegembiraan adalah tersangat susah skrg ni...hate this feeling..

hate2!!!!!

sunyi sepi tanpa kamu~~


Saturday, April 23, 2011

exam~~

assalammualaikum...hai2...

lama x mengupdate blog ni...almaklumla busy memanjang...busy ngan assingment, test...sangat memenatkan....tapi semua tu alhamdulillah dah settle..sekarang tengah berjuang untuk final pula ( skema nye ayat)..hahahhaha....
tidak terlambat rasanya nak ucapkn all the best untuk semau kwn2 seperjuangan yg akan menduduki final exam....all the best u all~~buat yang terbaik ok....
study hard but smart ok..jgn duk study sampai lupa semua...
minggu-minggu exam ni macam2 la ragam kn...kepala peningla...stress la...tensionla....start la garu2 kepala...tanya soalan spot la...mharap hint la....kalut semuanya...huhuhu...

ernie mcm biasala study study smapi tertidur...jap2 buka fb.jap2 on book...aiiishhh...macamane nak dekan ni syg oi...sedar diri sikit ok....semester ni kene struggle sikit...subjek banyak wooo....takut pon ada ni....macam tak pernah ambil final exam lak kan....

sebelum masuk dewan exam tu bacala doa ape2 yang patut ok..good luck semua...
dah2 jom study~~

Thursday, February 17, 2011

i can do it!!

Hari2 yang sedih tanpa sahabat baik aka bff (ain,azi,ima,peq)…sunyi sepi hidup kat sini…mungkin ada hikmah semua ni..memang serabut kat sini..tapi nak wat macamane memang life student mcmni...so kene terimala.So be strong ernie..!!!berjanji dan nekad pada diri supaya lebih kuat untuk mengahrungi cabaran yang ada di depan.jangan mudah mengalah..mulai hari ini ingin melangkah dengan lebih yakin untuk mencapai apa yg diingini…now focus study!!focus with my test,quiz,assignment yg berlambak…dah macam ape!!serabot…tapi jangan stress2…bak kate prof zaki(lec Marketing Research) buat la assignment tu seperti kita tengok AF (akademi fantasia) jangan buat semata2 sebab nk past subject tu….so think positive…cakap dengan diri sendiri..SAYA SUKA BUAT ASSINGMENT!SAYA SUKA STUDY!! Motivation diri sendiri…heheheheh…I can do it!!kene lebih semangat!!bertambah semangat bile sir Rizaimy bagitau part 6 nnt boleh practical kat oversea..syoknye.selalu terbayang2 nk g oversea.tapi pointer kene bagusla...if pointer 3.00 and above leh la mohon practical kt negara org len.sebelum tu kenela improve my english..hehehhe.:)so awal2 part ni la kene pulun habis2 study..kena jaga pointer...kalau x, susah nnt..dah la semester ni byk subject...kene kuat!kuat!kuat!!

love this statement~

every successful person has a painful story. Every paintful story has a successful ending.Except the pain and get ready for success.

if someone feels that they had never made a mistake in their life, then it means they had never tried a new thing in their life.

khas utk encik hakeem~~



salam~~
entry ni khas untuk yang bernama abdullah hakeem ismail :)
18 february bersamaan ngn esok adalah hari lahir seseorg yg istemewa(cewaaaaaaaahh)

sebelum tu meh nk nyanyi......

"happy birthday to you... happy birthday to you...
happy birthday to syg...
happy birthday..to...you...."

sweet 22 honey~~
semoga panjang umur & di murahkn rezeki...sudah tua..hehehhe....semoga dengan pertambahan umur ni membuatkan syg lebih matang dan dapat mencapai apa yang diingini...
belajar sungguh2..banggakn kedua ibubapa mu...jadi yg lebih baik dari yang sebelum ni...
may ALLAH bless u dear~~
:)




hehehehhe..:))
happy bornday~~




wishing you a day filled with LOVE, LAUGHTER AND FUN TIMES!!


sebelum tu jom kite selidik sape sebenarnya EN.HAKEEM ni...
die ni baik orangnye...(puji ade makna tau ni)hehehhehe...
die la my bestfriend merangkap bf..huhuhu...
my bodyguard....hehehehhehehhe



ini la hakeem...:))


because it's your birthday..this very special day..be sure to celebrate...because it's your birthday...and think of all of us who..know how wonderful you are!!!


ilysm!
<3

happy birthday!!!
:)

Wednesday, February 16, 2011

life~

life is too short to wake up with regrets. Love the peolple who treat you right and forget the ones who don't. Believe that everything happens for a reason. If you get a chance take it. If it changes your life let it. Nobody said life would be easy..they just promised..it would be worth it..

Tuesday, February 1, 2011

Banjir di Malaysia

Hujan semakin tidak segan untuk turun setiap hari dan matahari pula malu-malu untuk munculkan diri.cewaaaaaahhh...ayat berpuitis...hehehhe...actually entry ni nak story pasal banjir dinegara kita ni.akhbar semalam menyatakan 4 negeri di landa banjir iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan n Phang. Salah satu tempat yang dilanda banjir adalah di SEGAMAT. Tempat dimana dulu aku study. Agak teruk gak banjir di sana. Paling menyedihkan banjir tahun ni meragut 3 nyawa, 46,206 mangsa dipindahkan.Sungai Segamat pukul 1 tengah hari, 30 januari 2011 mencatatkan paras bacaan 9.75 meter iaitu paras bahya manakala paras amaran dicatatkan di Sungai Segamat Kuala, Sungai Muar di Buluh Kasap, Sungai Muar di Kampung Jijah dan Sungai Labis. 1 Februari - di Segamat keadaan banjir semakin puih apabila hujan mulai reda hari ini. Jalan keretapi rosak teruk dan tak boleh dilalui namun sehingga pagi ini keadaan semaki pulih. Dijangkakan keadaan akan pulih menjelang etang ini sekiranya hujan lebat tidak turun.
~credit to warta rakyat~

To my bestfriend nurul ain diharap bersabar ok menghadapi banjir disana. Semalam mesej cik ain tanya khabar banjir kat segamat. Die bagitau rumah dia teruk ditenggelami air dan terpaksa la cik ain stay kat balairaya. Kepada kawan-kawan yang menyewa rumah di segamat tu bersiap sediala untuk mengemas rumah lepas balik mid term break ni..Harap-harap banjir kat sane mulai reda. amin..


dasyat2..banjir dah sampai kebumbung rumah



kawasan di sekitar johor


ni kat bandar segamat



segamat..air sungai sangat deras..



kereta pon terkorban..

berdoala supaya banjir akan semakin reda...
amin~~

Fakta@Auta


salam semua~~

mari kite membuka minda dengan membaca fakta-fakta n auta-auta di bawah..
kita akan mendapat fakta dan sekaligus autanya sekali..auta means perkara2 yg ditokok tambah..





1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku...

setiap point2 ni ade fakta n auta...hahahaha...fakta@ auta boleh dipercayai n diragui...terpulangla kat masing2..


Friday, January 28, 2011

HARI-HARI YANG INDAH~

Hari yang dinanti2 kan dh tiba..aku nk balik umah..banting town i will come dear!!!hehehee....
kol 9.30 a.m dh gerak dr taman lembah bunjang indah, merbok.masuk highway....tuptup kol 1.30 p.m dh sampai sempadan selangor n perak..yeaaaaaaahhh..finally sampai gak kt tanah air ku selangor~~cpt gak kn smpai..tq kepada miss pembawa kereta(riez) :)...

dah smpai klang smpat lg g jusco..memang penat tau..tapi takpela ade org belanja kan..hehehhe
ape lagi tengok citer KHURAFAT la.wlpon cerita dh lame kluar panggung tapi nak tgok gak..hehehhee..tiket kol 2.30pm....masuk2 panggung citer dh start..lmbat 20 minit..rugi2...

jom cerita pasal khurafat ni~

Khurafat - Perjanjian Syaitan


Release Date: 13 January 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Horror
Running Time: 1 Hour 20 Minutes
Director: Syamsul Yusof
Cast: Fauziah Nawi, Latif Borgiba, Liyana Jasmay.

Synopsis: "Khurafat" begins with Johan (Syamsul Yusof), a young man working as an assistant in a government hospital. He is a married man who has a wife named Aishah (Liyana Jasmay). The newlyweds are leading a peaceful life when suddenly they find themselves besieged by a weird creature. The presence of a mysterious old woman, together with the sudden emergence of Johan's ex-girlfriend Anna (Sabrina Ali) add to the mystery. Anna is always disturbing Johan even though she knows Johan is now with Aishah.

(Source: Cinema Online)
Lastly xnk la komen ape2 pasal citer ni...hehehhehe..nk tau tengok la k...

Thursday, January 27, 2011

beg tangan VS girls


beg oh beg!!sangat2 obses dengannye.beg tangan dgn perempuan memang tak boleh nk dipisahkan..sentiasa bdua kemana2...memang tak dinafikn dulu terasa leceh bila pakai beg tangan ke hulur kehilir, tapi sekarang gemarkan beg tangan..cume duit je xde nak beli..kalau g mall suka belek2 beg..sgt2 cantik..xbeli pon xpe..dpt tgok pun kira ok la kan. Beg tangan mampu mempengaruhi gaya dan penampilan seseorang..tak hairanla dari remaja hingga ke peringkat usia gemar mengenakan beg tangan.Sekarang ni macam2 design yg cantik, berkualiti dan mampu menarik perhatian si pembeli.


blue colour..i like so much!!!



like this also!





sgt2 sukakan beg warna putih..nak jaga susahla kan.beg ni sesuai g jalan2,shopping...


beg ni sgt comei...simple je kn....



sangat2 comel..:)



beg tangan termahal didunia

harga beg ni = US$ 92,000 sgt2 unik..sesuai utk dinner n g event~



beg ni sgt unik..
harga beg ni US$ 150,000




harga beg ni US$ 500.000 mak ai mahal sungguh tp cantik kn..





harga beg ni pl US$ 261,000

beg tangan memang sinonim dengan girls!!